Thursday, February 25, 2016

Kembali kau ke sini, tapi dengan lesu?

'Kembali'

Aku kembali, kembali bukan dengan semangat. Tapi dengan lelah.
Lelah hadapi lakonan dunia yang semakin rancak di reka manusia.
Kadang aku tenggelam dalam kekuatan semakin pudar.
Mana janji aku dulu ? Mana peta yang dah aku reka kan ?

Di sorok atau menyorok?
Alasan demi alasan yang aku berikan buat jalan tak jelas.
Aku penat dengan rasa menjaga hati, aku penat dengan pendaman rasa yang kadang tak tertanggung.
Kau kata, tak perlu menunggu, sedangkan kau tahu usaha itu akan datang melalui rasa.

Atau kau tak rasa apa yang patut kau rasa? Atau kau buat buat tak rasa?

Kosong ? Sedangkan aku sendiri tahu bahawa Tuhan itu ada.
Rasakan Dia hampir dahulu baru kau temui siapa diri kau.
Bila berdiri sendiri dilorong gelap,
Kadang aku tak nampak cahaya di hujung.
Bila aku berada ditempat terang,
Kadang aku lupa lorong gelap temani aku bila kesepian.

Kemana kau nak arahkan rasa itu? Siapa yang perlu dipersalahkan?
Sedangkan kau sendiri yang rasa, mereka tidak pernah hirau.
Walau dihirau hanya sekejap,
Mereka tidak pernah bersama perasaan jiwa kau,
Cuma kau sendiri dan bayang bayang kau yang jekal bersama.

Cari kekuatan, cari sinar. Cuba dan terus memcuba.
Semoga temui jalanNya.

*monolog*

2 comments:

  1. Semoga dipermudah urusan dan niatnya...insyaAllah, Allahumma Ameen !

    ReplyDelete