Wednesday, April 20, 2016

Biarkan Di Pijak Dari Memijak ?

Bila dah sampai satu tahap
kau dah tetap nak pilih untuk berada kat bawah sahaja
sebab bila dah pernah ada kat atas
macam macam benda tak baik kau dah jumpa

Cuba untuk sedayanya bertahan dengan rasa sakit dipijak
dan pengajarannya di kutip dan di cantum semula menjadi
satu corak hidup yang cantik

Kebiasaan berada dibawah kadang kau dah tak hairan
apa yang kata kata angin yang lalu menyerpa.
Biar disangka si dungu yang tak tahu apa,
Biar disangka sibuta yang tak nampak apa.

Tapi cuba melihat dengan mata hati yang tajam
Supaya jalan yang di tuju tu lebih jelas dan bermakna.

Satu cuba ingat yang sentiasa diatas itu
bukan selalu nya senang yang tenang,
kadang senang tak tenang.

Lalu memilih untuk bertahan dan mengambil pengajaran.

Assalamu'alaikum.

Wednesday, April 6, 2016

Dalam Realiti Yang Penakut ?

Kau sedar kadang berpijak di dunia realiti
kau akan jadi pengecut,
sedang pemikiran kau dah bawa kau lebih
dari terhad keadaan itu.

Adakah berfantasi itu lebih baik kau rasa
tanpa tindakan apa- apa ?
Kau penakut ?
Tiada risiko adalah lebih baik dan selamat bagi kau,
tanpa sebarang kepastian yang membuat jalan lebih jelas?

Atau kau memang sinonimkan
berfantasi bersama aras pemikiaran kau?

Simpan pemikiran, tak berani lontarkan?
Kau rasa akan ada pergerakan atau tindakan ?
Tunggu benda yang tak pasti dalam kepenatan.
kau masih berfantasi.

Penakut itu alasan tindakan untuk
terhadkan pemikiran kau ?

Jangan kau cuba menunggu masa,
takdir itu memang milik Dia,
tapi doa dan usaha menunjukan bukti yang nyata.

Kalau dah penat, noktah itu akan wujud tanpa sedar.