Tegak kau ke kanan masih tak pasti mana yang betul ?
Hidup kadang taruhkan sebagai pilihan
walaupun kau tahu
semua dah ketentuan.
Tapi kadang kita dah tahu itu ketetapanNya masih lagi
salahkan Tuhan.
Tak sedar kerana masih bermanja dengan kata kata yang bermain
dunia.
Manusia itu datang rasa kelirunya, kabur dan kelam.
Tak pandai mencari jalan.
Usaha rapuh !
Sekuat mana janji mu pada Tuhan kau masih kata kalau ada di situ adalah.
Dalam tak sedar kau tak berusaha untuk ke arah yang lebih
baik.
Dalam tak sedar kau masih selesa di zon selesa dan tak memikirkan
perasaan yang lain bagi sebuah kepastian.
Memilih untuk diam dan masa bergerak sebagai jawapan
mungkin
rasa selamat.
Dan mungkin melewatkan masa untuk kau melakar kejayaan
yang lebih
terancang dengan izinNya. Perkara yang kau perlu
selalu tanamkan adalah Allah
menurut apa yang kau kehendaki
dan Dia tidak lansung meninggalkan hambaNya.
Usaha itu lebih kau rasa manisnya bila dah berjaya, usaha
itu lebih kau
rasa pengorbanannya bila kau dah berjaya. Dan segala usaha itu
bukanlah
nilainya percuma. Ianya adalah nilai yang tiada harga. Tidak ternilai.
Usaha jika engkau gagal ia akan menjadi guru kepada engkau
untuk
melangkah lebih jauh dan faham erti hidup sebenar. Fahami dunia bukan
mudah,
fahami manusia bukan senang, kerana katanya satu jasad ada banyak jiwa.
Allah berikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita
mahu.
Aku masih disini dengan 2 : 216
‘Di wajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu
adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jagi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’
K, lah Asslamu'alaikum.