Wednesday, October 14, 2015

Kau cari siapa sebenarnya ?

Kau cari siapa sebenarnya ?

Bila ada matahari baru nampak bayang- bayang kau. Kalau takda matahari apa cerita?

Sekali kau pandang bintang cerah, sinar berseri- seri, tapi jangan sampai kau lupa kalau takda gelap bintang takkan nampak cantik macam tu. Dalam gelap itu pun kau boleh mencari dan terus mencari kalau kau rasa itu satu keperluan desakan hidup.

Manusia kadang malas nak ulas bab bab remeh temeh, tapi hal tu kadang yang memberikan sokongan dan kesedaran.

Kau jangan ingat orang yang mencari dalam gelap tu tak nampak jalan, sedangkan dia dah tahu ada je cahaya kat hujung jalan.

Sedangkan kau kadang dah ada matahari, cahaya dah terang pun masih lagi jalan salah kau pilih. Sebab apa ? Sebab kau salahkan banyak pilihan? Banyak cabang? Sampai kononnya kau rasa kau nak pilih dulu kemudian boleh patah balik?

Tak rasa membazir ? Tak rasa sia- sia?

Kata orang belajar dari kesilapan sebab manusia selalu salah. Tapi kau rasa kau dah banyak ke belajar dari benda yang sia- sia ? Atau kau ulang semula bukan patah balik semula ?

Tapi tulah, kau nak apa sebenarnya? Kau cari siapa sebenarnya ?

Kau dah jumpa belum ? Dah jumpa atau kau tinggalkan ? Atau kau buat buat tak jumpa?

Kau saja yang tahu jawapannya. Kau rasa jawapan kau dah betul ? Kau tanya Tuhan.
Allah yang satu.

Takbir !
Allahuakhbar !

Thursday, August 20, 2015

Kepastian Yang Keliru. Hidup Atau Mati Jiwa Aku ?

Tegak kau ke kanan masih tak pasti mana yang betul ?

Hidup kadang taruhkan sebagai pilihan
walaupun kau tahu semua dah ketentuan.

Tapi kadang kita dah tahu itu ketetapanNya masih lagi salahkan Tuhan. 
Tak sedar kerana masih bermanja dengan kata kata yang bermain dunia.

Manusia itu datang rasa kelirunya, kabur dan kelam.  
Tak pandai mencari jalan.
Usaha rapuh !

Sekuat mana janji mu pada Tuhan kau masih kata kalau ada di situ adalah.
Dalam tak sedar kau tak berusaha untuk ke arah yang lebih baik. 
Dalam tak sedar kau masih selesa di zon selesa dan tak memikirkan 
perasaan yang lain bagi sebuah kepastian.

Memilih untuk diam dan masa bergerak sebagai jawapan 
mungkin rasa selamat. 

Dan mungkin melewatkan masa untuk kau melakar kejayaan 
yang lebih terancang dengan izinNya. Perkara yang kau perlu 
selalu tanamkan adalah Allah menurut apa yang kau kehendaki 
dan Dia tidak lansung meninggalkan hambaNya.

Usaha itu lebih kau rasa manisnya bila dah berjaya, usaha itu lebih kau 
rasa pengorbanannya bila kau dah berjaya. Dan segala usaha itu bukanlah 
nilainya percuma. Ianya adalah nilai yang tiada harga. Tidak ternilai.

Usaha jika engkau gagal ia akan menjadi guru kepada engkau untuk 
melangkah lebih jauh dan faham erti hidup sebenar. Fahami dunia bukan mudah, 
fahami manusia bukan senang, kerana katanya satu jasad ada banyak jiwa.

Allah berikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu.
Aku masih disini dengan 2 : 216

‘Di wajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jagi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui’

Sentap ayat wei, sentap.
K, lah Asslamu'alaikum.


Sunday, June 28, 2015

Perselisihan Itu Menjinakkan.

Kali ini ruang dan waktu memberi kesempatan bercerita tentang,
Berselisih itu bukan hanya hiasan luaran.

Bersuara lantang, merasakan itu yang terbaik
namun kadang isinya tiada.

Fahaman mereka jelas tutur katanya besar suaranya
menjadi tunjang utama,
Ibarat nak menulis panjang dengan tidak sedar
pennya tiada titisan dakwatnya ?

Selisih itu memberi makna, bergaduh itu dengan suara?
Ada suara memberi erti, ada suara tiada makna.

Kata orang berselisih itu menjauhkan.
Buang semua, anggap saja bertambah ilmu, memberi manfaat.

Tidak perlu tergesa-gesa menggaris kata,
kerana berselisih pendapat itu cuma ideanya berbeza,
Jangan dihina idea yang kosong,
kosong buat kita kadang memberi makna kepada orang lain.

Biar perlahan geraknya, asalkan hadam lumat isinya,
kerana selisih itu perlu dijinak bagi mencari jalan terbaik.

Suami, isteri, rakan, sahabat pendamping yang sedia ada.
Jangan kau jauh saat bila selisih itu datang,
jinakkan susulan solusi yang baik.

Kau siapa hendak menilai mereka yang mengutara pendapat ?
kau siapa yang hendak menghukum mereka ?
Sedar bahawa mereka susah berusaha.
Hormat itu perlu, anggap saja percambahan ilmu,
anggap saja mengembang ilmu.

Pengalaman itu dijadikan guru, kerana ia akan kekal
tidak lupus.

Cuba Ar- Ra'ad :28
ada distu tenang sebenar selepas dan ketika bertemu selisih.

Cuba.


Thursday, June 25, 2015

Isikan Yang Besar Itu Penuh Supaya Yang Kecil Itu Dihayati.

Kali ni ruang memihak untuk bicara tentang Keluarga.

Kawan paling setia dan sentiasa ada
Keluarga itu peranannya.

Rumah biar kecil tapi penuh,
Penuh dengan apa?
Biar penuh diisi dengan kasih sayang,
Sentuhan bahagia dan bisikan simpati untuk
peroleh kasih sayang abadi.

Jangan rumahnya besar, tapi masih ada lompong-lompong,
kosong, sunyi.

Datangnya Islam dahulu dengan aqidah dan
akhlak terpuji kekasih Allah,
Mengapa tidak cuba agar kekal caranya ?

Ahli dalam rumah itu adakah mereka kenal erti kasih,
erti sayang atau cinta sebenar ?

Ikatkan sayang kasih mu pada yang pemberi cinta dulu.
baru jelas jalannya untuk takluk negeri cinta yang sebenar,
baru kau sedar erti hidup berkasih sayang sebenar.

Kadang kau sedar cinta kau berikan adalah sepenuh hati,
kadang kau tahu pengorbanan itu perlu untuk bahagia..

Tapi bagaimana kau kadang kau biarkan rasa itu pergi ?
kau letaknya ketepi ... sepi,

Dia sang Pencipta telah bicara, diciptanya manusia
untuk saling melengkapi,
Bagaimana soalnya timbul bila kau saling menyalahkan ?

Tujuannya apa untuk kau bersatu ?
kerana rupanya ? Hartanya ? kosong.

Mudah kau biacara, tidak melihat cantik rupanya
tapi hati masih mencari.

Moga kau tenang bila sudah bertemu,
moga kau genggam erti tulus kasih sebenar,

Syurga itu matlamatnya,
mati dalam keadaan baik bersama cuba dikejar.

Moga syurga itu ada untuk kita.
Aminnn.

Monday, June 15, 2015

Pelengkap atau Penyemak ?

cerita randomku tentang kawan.

Pelengkap atau Penyemak ?

Diorang datang kadang diundang, dan kita juga ada mengundang.
Kadang macam pelangi, cantik cun
Tapi kejap je dia datang.
Boleh cari balik ? tapi tak original lah.

Boleh jadi macam petai juga,
ada orang tertentu saja yang suka makan.
Sedap, tapi bau dia. perghhh. Tapi tetaplah di telannya.

Yang menjadi semak, bila kita yang mendatangkan semak tu.
sebab ? sebab tak tebas.

Tapi ingat, chemistry tu kita dah faham
walaupun tak belajar lagi.

Kadang sahabat atau menjadi kawan itu
macam traffic light.
Kelip- kelip color hijau nak turn ke kuning,
kita speed selaju yang boleh but at last
kena hadap juga color merah, tunggu.. tunggu dan tunggu.
dan tunggu.. dan sabar sebab kita ada 'undang-undang'

Undang-undang dunia dan undang-undang perhitungan kita nanti.
Sabar menghadap mereka yang seakan semak ini.

Nak tebas pun biar kemas dan rapi,
biar tumbuhnya tak bercabang-cabang nanti.

' Kalau boleh dihadam secara praktikal, unsur-unsur ini
akan secara perlahan mencernakan perasaan orang-orang sekeliling
atau lebih tepat adalah sahabat !

Monday, May 25, 2015

Buku Pelangi Itu Isinya Warna.

Aku ingin bercerita tentang senyum yang tak perlu berbayar.
Ada manusia fahamkan senyum kalau tak ikhlas bagaimana ceritanya ?

Buat jahat dikeji, buat baik juga dikata orang,
sedangkan kiri dan kanan tidak leka dengan tugasnya,
sedar manusia setiap amalanmu dihitung Allah.

Tidak sedikit pun Dia tinggalkan.

Warna warni hidupmu atas pilihan sendiri, kau berikan buku pelangi
untuk aku hadam isinya,
setiap warna akan akau cuba hayati.

Buku pelangi pelbagai cerita, ceria menjelma,
untuk menjadi kunci bahagia.

Kau ingat mudah untuk menerima,
walaupun warnanya pelbagai, variasinya datang mengambil masa
untuk dihayati.

Buktinya sudah tertera, kau berjaya mewarnai,
Terima Kasih sahabat, kerana berikan aku buku pelangi,
warna-warnanya masih aku hayati.

Moga moga sampai akhir hayat ini.

Saturday, May 9, 2015

Mereka Cerita Tentang Aku.

#Bukan Parasit.

Mereka Cerita Tentang Aku.

Mencari kau tidaklah mudah kerana
kau sendiri yang masih mencari Aku.
Perjalanan dalam pencarian, mengajar erti apa itu pencarian.

Ada yang mengatakan 'Al-Nura' ceritanya ada maksud pencarian itu.
Ada yang bersuara, carilah diri kau dulu baru kenal
apa itu ' hidup jejak tanah '

Banyak hidup atas bayang-bayang ?
Banyak hidup atas angin,
Angin yang meniup lalang, dan lalang ikut arah angin ?

Asal akarnya kuat, masih ada disitu.
Dipijak orang namun masih kental.

kau rasa jauh kerana tidak mendekatkan,
kau rasa sepi kerana kau tidak mahu berkongsi,
sunyi ? kau yang memilih atau masih menyalahkan
'aku memang begini' ?

Hidup ibarat persimpangan, 2 jalan ?
Bukan.
tetapi 3 dan kau terpaksa memilih satu
dan menutup satu jalan terus terusan iaitu kepuasan nafsu.
Hanya Dia sediakan 2 ,
syurga dan neraka. Noktah.

Memilih itu hak mutlak, kata kau.
Tapi bukan kata Dia.

13:11 itu sudah jelas.

Cuba !