Rasa kau
sendiri rasa ? Apa kau rasa ?
Dalam
meniliti erti kehidupan,
kadang mencari cari apa yang sepatutnya di
gali.
Tak jumpa
pun masih lagi mencari.
Kalau dah
jumpa pun masih lagi mengenali.
Apa yang
terdampar kat dunia ni tak pernah cukup untuk kita tahu.
Kau kata kau
dah timba ilmu, kau dah gali, tapi masih tak cukup.
Ada saja salahnya,
ada saja yang tak kena,
yang paling teruk ada saja tak cukup ?
Erti
memahami itu kadang terpaksa diselam bukan hanya pada dasar,
Jika hanya
dasar sahaja kau hanya akan mengetahui bukan memahami.
Paksaan
untuk menerima bukan tanda untuk mengcukupi,
Tapi itu
sudah melebihi.
Bila masanya
inginkan rasa cukup itu hadir ,
Jika rasa
syukur itu jauh sekali ?
Bila akan
adanya rasa syukur kadang kau tak menyedari
apa yang
sudah ada di sisi sudah mengcukupi ?
Tak minta
banyak, tak minta sedar.
Cuma minta
faham. Bila sudah faham tanpa membuka bicara
Kau sendiri
akan temui jawapan dan tidak meminta lebih
Kerana
mungkin semua sudah cukup ?
Persoalan
itu letakkan di hati, bukan hanya pada akal,
Kau akan
temui jalannya.
Jika tidak
pasti, tanyakan pada Tuhan,
Rasa cukup
akan mengikuti.
Assalamu’alaikum.