Ada hati yang patuh sebab tak peduli orang puji,
Ada yang kena puji baru kerja nak gerak,
Aku simpati atas pujian yang kau kena tahu itu adalah ujian,
Dalam kau tak sedar kau makan daging sendiri ?
Asalnya kau tahu apa yang nak buat,
Tapi makanan lazat dengan pujian luaran
buat terleka dan tak terkenyangkan,
Walaupun merontakan rasa puas,
Tapi biar rasa puas bukan hanya di mata manusia plastik,
Tapi biar resapan dalam hati yang asli.
Sekali pujian datang kau rasa senang,
Dua kali tak muncul kau tak tenang,
Kau mahu yang senang-senang,
Kau mahu yang indah-indah,
Susah itu bagi kau perlu berbayar
Sedangkan yang dibayar itu takde pujian
yang atas angin yang tak menetapkan.
Kau tanya hati,
Kau tanya jiwa,
Kau puji atau dikeji ?
Allah ada memerhati.
No comments:
Post a Comment